Kesian Sama Mata
2.00 a.m
Mata-mata ... kenapa awak tak berehat lagi?
"saya sedang membantu tuan saya melihat"
Mata sedang membantu tuan mata melihat apa?
"tuan saya sedang melihat dunia"
Mata ... kalau mata sakit macam mana?
"jika saya sakit ... saya sangat sedih"
Kenapa mata sedih?
"sebab tak dapat membantu tuan saya melihat"
Pernah ke tuan mata tu jaga mata?
"ermmmm"
Kenapa mata diam?
"sebab tuan saya tidak pernah mengetahui apa yang saya rasa"
Apa yang mata rasa?
"mata selalu rasa pedih .. tapi dia tidak pernah memberi ubat"
Ohh ... apa yang selalu tuan mata lihat ?
"DOSA"
Apa dosa?
"ya ... tuan saya selalu memaksa saya melihat dunia yang penuh dengan DOSA"
Kalau diberi permintaan .. apa yang mata mahukan?
"saya ingin tuan saya membuka saya untuk melihat pekara yang membawa ke insafan"
"saya tidak mahu lagi menanggung dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini"
"wahai tuan sekiranya dapat mendengar luahan mata ini mesti sedih"
"setiap titis air mata itu adalah dari saya sendiri"